Tuesday 20 October 2009

Keputusan Undi: Tempat Yang Anda Suka di SKSK

Share
Bagi keputusan undian dengan tajuk 'Tempat Yang Anda Suka di SKSK', hanya 7 tempat sahaja yang termasuk didalam tempat-tempat yang dipilih oleh para pengunjung laman web rasmi SKSK ini. Tempat-tempat tersebut adalah bilik guru, pejabat, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, padang dan tandas. Tandas? :) Tempat yang paling digemari diantara 7 tempat tersebut ialah makmal komputer yang mendapat 52.94% (9 undi). Tempat kedua dikongsi bersama pejabat & perpustakaan dengan masing-masing mendapat 11.76% (2 undi). Manakala bilik guru, makmal sains, padang dan tandas, masing-masing mendapat 5.88% (1 undi). Jumlah keseluruhan yang mengundi ialah 17 undian. Terima kasih kepada para pengunjung yang telah membuang undi anda. Ruangan 'Undi' diteruskan dengan tajuk baru iaitu: Murid-murid kurang berminat untuk membaca bahan-bahan (buku, suratkhabar & majalah) berbentuk akademik & ilmiah, tetapi lebih suka membaca bahan-bahan berbentuk hiburan sahaja. (TARIKH TUTUP UNDIAN: 25/10/2010. Jangan berlengah lagi, undi awal-awal untuk elak kesesakan :)

Read more...

Friday 16 October 2009

Cuti Sempena Perayaan Deepavali & Peperiksaan Akhir Tahun

Share
Cuti Perayaan Deepavali:
16-20 Oktober 2009
Tarikh Sekolah dibuka:
21 Oktober 2009 (Rabu)

Peperiksaan Akhir Tahun:
27-30 Oktober 2009 (Selasa-Jumaat)

Warga SKSK mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali

Read more...

Aktiviti Tahun 6 Selepas UPSR

Share
Selepas 'merdeka' daripada peperiksaan UPSR, murid-murid tahun 6 telah dilibatkan didalam beberapa aktiviti yang diatur oleh pihak sekolah. Diantaranya ialah aktiviti permainan bola baling, tarik-tali dan bermain bola dengan memakai kain pelikat. Sekurang-kurangnya dengan menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, murid-murid tahun 6 SKSK berpeluang melepaskan tekanan selepas bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk mengambil peperiksaan UPSR yang berakhir baru-baru ini.



Read more...

Saturday 10 October 2009

Jamuan Hari Raya & Akhir Tahun (Sesi Pagi)

Share
10 Oktober 2009, Sabtu: Jamuan untuk murid-murid tahun 4, 5 & 6 ini diadakan sejurus selepas berakhirnya Perjumpaan Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 5, di kelas masing-masing. Pelbagai juadah seperti nasi lemak, mee goreng, kek serta pelbagai kuih-muih raya turut dibawa oleh murid-murid pada jamuan kelas masing-masing. Guru Besar serta barisan Guru Penolong Kanan turut sama memeriahkan majlis jamuan dengan melawat sambil menjamu selera ke setiap kelas. Terima kasih juga kepada guru-guru kelas yang telah menjemput guru-guru yang tidak memegang kelas untuk turut sama didalam majlis jamuan mereka.





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP