Thursday 28 January 2010

Perubahan Tarikh Sukantara & Acara Sebelum Sukan

Share
Tarikh Sukantara
1 Februari 2010 (Panglima & Bendahara)
2 Februari 2010 (Laksamana & Mahkota)

Tarikh Acara Sebelum Sukan
3 - 4 Februari 2010



Read more...

Saturday 23 January 2010

Sultan Johor Mangkat

Share

Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat pada hari Jumaat, 22 Januari 2010, di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, pukul 11.20 malam semalam. Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada usia 77 tahun, adalah seorang Sultan yang tegas serta adil dan sentiasa mahukan rakyat mendapat yang terbaik, jesteru telah menjadikan negeri Johor sebagai diantara negeri termaju di Malaysia. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang hari ini. Al-Fathihah untuk Baginda Sultan.


Read more...

Friday 22 January 2010

Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Share
17 Feb 2010 (Cuti Peristiwa-tidak perlu ganti)

18 Feb 2010 (Cuti Berganti-diganti pada
23 Januari 2010
)

19 Feb 2010 (Cuti Berganti-diganti pada
6 Februari 2010
)

* Sila klik pada imej surat untuk maklumat lanjut



Read more...

Perjumpaan IbuBapa/Penjaga Murid-Murid Tahun 6

Share
Perjumpaan bersama IbuBapa/Penjaga murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada 16 Januari 2010 di Dewan Seri Permata, SKSK. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk 'Kejayaan bukan milik orang pandai, tapi milik orang rajin', yang disampaikan oleh En. Md. Shahran Yahya dari SK Kompleks UDA, Johor Bahru. Selesai sesi Minum Pagi, En. Mohd. Hanipa Daud telah membentangkan program-program yang telah dirancang dan akan dijalankan di sepanjang tahun 2010 ini. Program diteruskan dengan Sesi Didalam Kumpulan dengan para IbuBapa/Penjaga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang turut disertai oleh 8 orang guru yang terbabit dalam mengajar murid-murid tahun 6. Para IbuBapa/Penjaga kemudiaannya kembali berkumpul di dalam dewan untuk sesi Pembentangan oleh wakil IbuBapa/Penjaga murid-murid. Di penghujung program, setelah mendengar pembentangan oleh wakil IbuBapa/Penjaga tersebut, Pn. Hajah Jamilah Daud, Guru Penolong Kanan 1 SKSK telah memberikan maklumbalas serta rumusan bagi pihak sekolah. Jumlah kehadiran IbuBapa/Penjaga pada perjumpaan ini adalah seramai 96 orang, iaitu sebanyak 76.8%.






Read more...

Friday 15 January 2010

Makluman: Perjumpaan IbuBapa/Penjaga Murid-murid Tahun 6

Share
Tarikh: 16 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan Sri Permata, SKSK
Waktu:
7.45 pagi: Pendaftaran diikuti Ceramah Keibubapaan
9.30 pagi: Minum Pagi
10.00 pagi: Sesi Didalam Kumpulan (Dialog) diikuti Sesi Pembentangan
11.30 pagi: Bersurai



Read more...

Sunday 10 January 2010

Latihan Rumah Sukan, Aktiviti KOKO Sabtu Minggu Ke-2 & Ke-4 serta Pemakaian Pakaian Seragam Unit Beruniform

Share
A. Latihan Rumah Sukan

Rumah: Panglima (Merah)
Hari: Isnin
Tarikh: 11, 18, 25 Januari & 1 Februari 2010

Rumah: Laksmana (Kuning)
Hari: Selasa
Tarikh: 12, 19, 26 Januari & 2 Februari 2010

Rumah: Bendahara (Biru)
Hari: Rabu
Tarikh: 13, 20, 27 Januari & 3 Februari 2010

Rumah: Mahkota (Hijau)
Hari: Khamis
Tarikh: 14, 21, 28 Januari & 4 Februari 2010

Waktu: 4-6 petang


B. Aktiviti Kokurikulum Hari Sabtu Minggu ke-2 dan ke-4

Minggu Ke-2

Aktiviti: Sukan/Permainan & Unit Beruniform

Minggu Ke-4
Aktiviti: Sukan/Permainan & Persatuan/Kelab

Waktu: 8 pagi-12.30 tengahari



C. Pemakaian Pakaian Seragam Unit Beruniform Pada Hari Rabu

Merujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007, setiap hari Rabu merupakan 'Hari Kokurikulum'. Jesteru itu, murid-murid diminta untuk memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.

Read more...

Majlis Persaraan Puan Zahrah & Perpisahan Encik Kamaruzaman

Share
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SKSK telah menganjurkan satu Majlis Persaraan untuk Pn. Zahrah Abd. Rahman & Perpisahan En. Kamaruzaman Abdullah pada 6 Januari 2010 (Rabu) di Dewan Permata SKSK. Pn. Zahrah yang berumur 56 tahun merupakan Kerani Kewangan sekolah dan telah mula bertugas di SKSK pada 1 Januari 2003. Manakala En. Kamaruzaman telah mula berkhidmat sebagai seorang guru di SKSK pada Januari 1996. Setelah menabur bakti, mencurahkan ilmu beliau selama 14 tahun di SKSK, Cikgu Kamaruzaman akan memulakan tugas barunya sebagai Pegawai Program LINUS di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru. Majlis yang turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SKSK, YB Dato' Mohd Shadip bin Mohd, telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSK, Pn. Maselah Mohd Tahir itu, turut merangkumi tayangan slaid Powerpoint berkaitan kedua-dua individu. Pn. Zahrah & En. Kamaruzaman juga telah turut menyampaikan ucapan ringkas masing-masing. Pihak BKGK & pentadbiran SKSK telah turut menyampaikan cenderahati kepada Pn. Zahrah & En. Kamaruzaman. Majlis turut diisi dengan jamuan makan. Kepada kedua-duanya, seluruh warga SKSK merakamkan jutaan terima kasih diatas segala khidmat bakti yang telah diberikan dan selamat maju jaya.















Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP