Friday 26 February 2010

Jadual Waktu Peperiksaan UPPM1 & Setara1

Share
Jadual Waktu UPPM 1 & Setara 1




Read more...

Dapatan LDP (24 Feb 2010)

Share
Pelaksanaan KPI Jabatan (Kumpulan 2)




Read more...

Dapatan LDP (10 Feb 2010)

Share
Kepimpinan Berkualiti (Kumpulan 1)



Kepimpinan Pendidikan Berkualiti ( Kumpulan 1 )


Tajuk Rencana Kepimpinan Berkualiti ( Kumpulan 1 )


Read more...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Share
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Petikan dari Wikipedia


Read more...

Thursday 11 February 2010

Makluman: Cuti Tahun Baru Cina, Cuti Maulidur Rasul dan Tarikh Peperiksaan Setara 1/UPPM 1

Share
1. Cuti Tahun Baru Cina
13 - 21 Februari 2010

2. Cuti Maulidur Rasul
26 Feb 2010 (Jumaat)

3. Peperiksaan Setara 1 / UPPM
2 - 4 Mac 2010




Takwim Peperiksaan 2010

(sila klik pada imej surat)

Warga SKSK mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada guru-guru & murid-murid berbangsa Cina.









Read more...

Saturday 6 February 2010

Kejohanan Olahraga Kali Ke-24. Tahniah Rumah Panglima!

Share
Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 telah diadakan pada pagi tadi di dalam konteks yang sederhana tetapi meriah. Kejohanan yang dimulakan dengan perarakan lintas hormat 4 rumah sukan iaitu Bendahara (biru), Laksamana (kuning), Mahkota (hijau) dan Panglima (merah) telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Md. Shadip bin Mohd, selaku Yang DiPertua P.I.B.G. sekolah. Selesai bacaan doa selamat olehUstaz Mohd Razin Supangat, Guru Besar SKSK,JB Pn. Maselah bt Mohd Tahir telah menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Ini diikuti oleh ucapan YDP PIBG SKSK, YB Dato' Mohd Shadip b. Mohd yang sekaligus telah merasmikan kejohanan pada tahun ini. Selesai upacara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara-acara sebelum kejohanan seperti lompat jauh, lompat tinggi, 200 meter, rejam lembing dan lontar peluru, acara-acara pada hari kejohanan iaitu 100 meter dan 4x100 meter telah dimulakan. Berikut adalah keputusan kedudukan diantara rumah-rumah sukan untuk Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 ini:

JOHAN: Panglima
NAIB JOHAN: Bendahara
KETIGA: Mahkota
KEEMPAT: Laksamana




















Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP