Saturday 29 May 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Share
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 akan bermula pada 1 Jun 2010 (Selasa) hingga 4 Jun 2010 (Jumaat). Untuk semua murid SKSK, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan & semoga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.


Read more...

Sunday 23 May 2010

Video Futsal Majlis Sambutan Hari Guru 2010

Share



Read more...

Lawatan Bersejarah Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman ke SK Seri Kenanga

Share
18 MEI: Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah & bermakna untuk semua warga SKSK apabila Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato' Hj. Abdul Ghani b. Othman buat julung-julung kalinya telah melawat SK Seri Kenanga, JB. Kedatangan Y.A.B. Dato' Hj. Abdul Ghani yang turut diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Y.B. Dato' Hj. Osman b. Hj. Sapian, telah disambut oleh Pn. Guru Besar SKSK, Pn. Maselah bt. Mohd Tahir, Yang DiPertua PIBG SKSK, Dato' Md Shadip b. Mohd, guru-guru SKSK dan AJK PIBG SKSK. Sejurus tiba di SKSK, Y.A.B. Dato' Hj. Abdul Ghani telah sudi untuk mengambil gambar rasmi bersama-sama dengan para guru & AJK PIBG SKSK di Dewan Permata. Selepas itu, beliau terus meninjau & melihat perkembangan pembinaan bangunan baru 4 tingkat SKSK yang sedang giat dibina. Beliau kemudiannya telah dijemput untuk minum petang di kantin & pada masa tersebut telah digunakan oleh Y.A.B. Menteri Besar untuk berbincang beberapa hal penting mengenai pembangunan infrastruktur SK Seri Kenanga bersama dengan Pn. Guru Besar SKSK, Pn. Maselah bt. Mohd Tahir serta Yang DiPertua PIBG SKSK, Dato' Md Shadip b. Mohd. Selesai perbincangan tersebut, Y.A.B. Dato' Hj. Abdul Ghani b. Othman telah bergerak pulang untuk meneruskan lawatan rasmi sehari beliau ke kawasan Parlimen Pulai yang lain.











Read more...

Skuasy MSSJ: Adnan Kesuma Cemerlang Dipilih Mewakili Johor!

Share
13 MEI, KULAIJAYA: Adnan Kesuma b. Asril sekali lagi telah mengharumkan nama SKSK apabila berjaya menduduki tempat ke-3 di dalam Kejohanan Skuasy Peringkat MSSJ (Lelaki Bawah 12 Tahun) yang telah diadakan pada 11-13 Mei 2010, di Mercure Golf & Palm Resort, Kulaijaya. Manakala seorang lagi murid SKSK yang mewakili daerah Johor Bahru iaitu Mohd Adam b. Ab. Rahman mendapat tempat ke-6. Dengan kejayaan tersebut, Adnan Kesuma telah dipilih untuk mewakili negeri Johor bagi kejohanan peringkat MSSM yang akan berlangsung pada bulan 6 akan datang. Semoga Adnan Kesuma akan berusaha lebih gigih didalam persiapannya dan membawa pulang satu lagi kejayaan gemilang untuk SKSK.




Read more...

Thursday 20 May 2010

Majlis Sambutan Hari Guru SKSK 2010

Share
17 MEI 2010: Majlis sambutan Hari Guru peringkat SKSK melalui anjuran Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SKSK, telah dimulai dengan perarakan guru-guru dari
kantin sekolah menuju ke Dewan Seri Kenanga dengan diiringi oleh paluan kompang serta muzik gamelan. Murid-murid yang telah berada di dalam dewan telah memberikan penghormatan & penghargaan kepada guru-guru mereka dengan berdiri dan menepuk tangan mereka. Majlis sambutan turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd, serta beberapa ibubapa yang menganggotai Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan bacaan doa Hari Guru oleh En. Mohd Fadli b. Omar. Ianya diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, Bangsa Johor, lagu sekolah, lagu Guru Malaysia, lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan lagu Selangkah Di Hadapan. Kesemua guru kemudiannya telah membacakan Ikrar Hari Guru dengan penuh semangat. Ketua Pengawas iaitu Mohd. Zarul Iqmal b. Nordin kemudiaannya telah menyampaikan ucapan penghargaan murid-murid SKSK untuk para guru. Ini diikuti oleh bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah dibacakan oleh Puan Guru Besar, Puan Maselah bt. Mohd Tahir. Majlis kemudiannya berhenti rehat untuk minum pagi di bilik darjah PraSekolah. Majlis sambutan disambung dengan acara sukaneka iaitu, sambung straw, baling bola ragbi ke dalam jaring bola jaring & futsal yang mengambil tempat di gelanggang badminton SKSK. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan guru-guru yang telah disertai oleh 9 buah kumpulan guru. Setelah selesai kesemua persembahan, upacara penyampaian hadiah serta pertukaran hadiah sesama guru telah dijalankan dan para guru kemudiaannya telah dijamu dengan menu makanan tengahari di kantin SKSK sebagai acara penutup Majlis Sambutan Hari Guru SKSK pada tahun ini.


















Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP