Sunday 27 June 2010

Hari Terbuka & Keusahawanan

Share
26 JUN 2010: Bersempena dengan Hari Terbuka, SKSK telah turut mengadakan Hari Keusahawanan dengan objektifnya untuk memberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan dikalangan murid-murid. Hari Terbuka pada kali ini telah diadakan hanya di dua tempat iaitu Makmal Komputer untuk Tahun 6 dan di Dewan Seri Permata untuk Tahun 1 hingga 5. Untuk murid-murid Tahun 6, mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk 4 sesi (1 jam untuk setiap sesi). Puan Guru Besar SKSK, Puan Maselah Mohd. Tahir, GPK 1, Puan Hajah Jamilah Daud, GPK KOKO, Puan Samsiah Mohamad, GPK Petang, Puan Zaliha Hj. Ahmad serta guru-guru Tahun 6 telah turut serta di dalam setiap sesi untuk memberi laporan dan ulasan terhadap prestasi keputusan Peperiksaan UPPM 2 yang lalu. Bagi murid-murid Tahun 1 hingga 5 pula, mereka telah hadir bersama-sama dengan ibubapa masing-masing untuk berjumpa dengan guru-guru kelas untuk mendapat laporan prestasi anak masing-masing didalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Untuk Hari Keusahawanan pula, ianya telah mengambil tempat di kantin dan kawasan letak kereta SKSK. Gerai-gerai seperti gerai menjual buku, barangan makanan dan minuman, pakaian terpakai, minuman sejuk dan panas, kebab dan kerepek yang diusahakan bersama-sama diantara para guru dan murid telah dibuka serta mendapat sambutan belian yang menggalakkan daripada ibubapa serta murid-murid yang hadir pada hari tersebut.














Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP