Tuesday 31 August 2010

Dirgahayu Malaysiaku! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53

Share
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

(dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu)



Read more...

Wednesday 25 August 2010

Buletin Bicara Ramadhan Jabatan Pelajaran Johor

Share
Berikut merupakan Buletin Bicara Ramadhan bilangan 3/2010 yang telah diterbitkan oleh Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.

Bicara Ramadhan Jabatan Pelajaran Johor








Read more...

Warkah Ayahanda Pengarah Pelajaran Johor Kepada Semua Calon UPSR Negeri Johor Tahun 2010

Share
Warkah Ayahanda Pengarah Pelajaran Johor Kepada Semua Calon UPSR Negeri Johor Tahun 2010



Read more...

Friday 20 August 2010

Cuti Berganti Sempena Sambutan Hari Raya AidilFitri

Share
Sukacita dimaklumkan bahawa SKSK akan bercuti sempena Hari Raya AidilFitri bermula dari 4 September 2010 hingga 16 September 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 17 September 2010. Sila klik pada imej surat atau untuk maklumat lengkap.





Read more...

Wednesday 11 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Share
Seluruh warga SKSK mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah kepada seluruh kaum Muslimin. Sekolah akan dibuka semula pada 12 Ogos 2010 (Khamis). Semoga pada bulan yang mulia ini kita akan dapat memperbaiki serta mempertingkatkan amal ibadah kita kepadaNya. InsyaAllah.


Read more...

Sunday 8 August 2010

Solat Hajat Perdana UPSR

Share
5 OGOS 2010: Sempena menghadapi UPSR 2010, Solat Hajat Perdana telah diadakan di Dewan Seri Permata, SKSK. Murid-murid serta para ibubapa telah mula hadir untuk mendaftar pada pukul 6.30 petang serta mengambil jamuan masing-masing di kantin SKSK. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan Zikir Munajat yang diketuai oleh En. Mohd. Fadli dan diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Kemudiaannya para jemaah telah bersama-sama membaca Surah Yasin dan tahlil. Apabila masuk waktu Isyaq, jemaah sekali lagi telah menunaikan solat Isyaq secara berjemaah. Sejurus selepas itu, jemaah telah bersama-sama melakukan Solat Hajat bagi memohon kecemerlangan keputusan UPSR 2010 untuk murid-murid SKSK yang diimamkan oleh En. Mohd. Razin. Selesai Solat Hajat tersebut, En. Mohd. Hanipa telah membentangkan 'headcount' keputusan UPPM 3 yang baru lepas kepada para ibubapa murid-murid tahun 6. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada murid-murid yang telah berjaya memperolehi keputusan 5A dan 4A 1B pada peperiksaan UPPM 3 tersebut.







Read more...

Wednesday 4 August 2010

Makluman: Solat Hajat Perdana UPSR 2010

Share
Majlis Solat Hajat Perdana UPSR & Tahlil murid & ibubapa tahun 6 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Ogos 2010
Hari: Khamis
Masa: 6.30 petang - 10 malam
Tempat: Dewan Seri Permata, SKSK



Read more...

Cuti Berganti Sempena Perayaan Deepavali

Share
7 Ogos 2010 (Sabtu) ini merupakan hari sekolah ganti untuk cuti berganti sempena perayaan Deepavali pada November ini. Sila klik pada 'Read more...' atau pada imej surat di atas untuk maklumat lanjut.




Read more...

Sunday 1 August 2010

Program Hari Alam Sekitar

Share
31 JULAI 2010: Program Hari Alam Sekitar telah diadakan di SKSK, dimulakan dengan senamrobik tarian poco-poco di gelanggang badminton yang diketuai oleh En. Md. Razin b. Supangat. Ia diikuti oleh ceramah yang bertajuk 'Kelestarian Alam Sekitar' yang disampaikan oleh En. Mohd. Shahrul Amir b. abd. Rahim dari SWM Environment Berhad. Majlis diteruskan dengan acara kuiz terbuka untuk murid-murid SKSK yang berhubungkait dengan isu alam sekitar. Cenderahati telah turut diberikan kepada murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul. Berikutnya, satu acara simbolik penyerahan anak pokok Kenanga oleh En. Ali b. Alwi selaku Ahli Majlis MBJB Zon Taman Johor kepada Guru Besar SKSK, Pn. Maselah bt. Mohd. Tahir. Kemuncak Program Hari Alam Sekitar ini ialah acara menanam dua anak pokok Kenanga di pintu masuk pagar SKSK oleh En. Ali, Pn. Maselah serta wakil-wakil dari PIBG









Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP