Tuesday, 28 September 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelas 2010

25 SEPTEMBER 2010: Jamuan hari raya Aidilfitri untuk kelas-kelas dari Tahun 1 hingga 6 telah diadakan bermula dari 10 pagi hingga 12 tengahari. Disamping pelbagai jenis kuih raya yang dibawa oleh murid-murid, mereka juga telah dihidangkan dengan juadah lain seperti nasi jagung, nasi lemak, mi, ayam goreng dan pelbagai lagi. Suasana menjadi lebih meriah & bermakna apabila para guru & murid turut kunjung-mengunjungi kelas-kelas diantara satu sama lain.





Latihan Permainan Rumah Sukan

25 SEPTEMBER 2010: Bagi menghadapi Pertandingan Permainan Diantara Rumah Sukan yang akan diadakan nanti, keempat-empat rumah sukan telah menjalani latihan bagi memilih murid-murid untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Permainan yang akan dipertandingkan nanti adalah bolasepak untuk murid lelaki & bolajaring untuk murid perempuan. Sesi latihan yang bermula pada 8.30 hingga 9.30 pagi itu telah dikendalikan oleh guru-guru rumah sukan terbabit.






Kem Bestari Solat Tahun 1, 2 & 3

25 SEPTEMBER 2010: Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1, 2 & 3 ini telah diadakan dengan tujuan untuk memantapkan pengetahuan teori & praktikal murid-murid dalam mengerjakan solat. Kem tersebut diadakan di dua tempat iaitu surau untuk murid-murid Tahun 1 dan Dewan Seri Permata untuk murid-murid Tahun 2 & 3.



Monday, 20 September 2010

Selamat Menghadapi UPSR 2010

Untuk semua calon UPSR 2010 SK Seri Kenanga, seluruh warga SKSK mengucapkan selamat menghadapi UPSR yang akan bermula pada hari Selasa (21 September). Semoga calon-calon akan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.


Program Kuarantin UPSR

17 SEPTEMBER 2010: Program Kuarantin UPSR 2010 telah dijalankan untuk calon-calon UPSR SKSK bermula dari 17 - 19 September. Didalam program tersebut, calon-calon telah menghadiri kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Didalam kelas-kelas tersebut calon-calon telah diberikan soalan-soalan percubaan dari negeri lain dan kemudiaannya telah bincangkan bersama untuk memperolehi jawapan yang tepat. Aktiviti-aktiviti lain yang turut dilaksanakan sepanjang program adalah solat Jumaat & Zuhur berjemaah & senaman ringkas. Makanan tengahari turut disediakan kepada para calon.






Sunday, 5 September 2010

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan & Bulan Kemerdekaan ke-53

3 SEPTEMBER 2010: Majlis Penutup Ihya' Ramadhan & Bulan Kemerdekaan ke-53, telah dimulai dengan bacaan Surah Yasin oleh para guru & murid di Dewan Seri Permata, SKSK. Ia diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran yang bacaannya diketuai oleh En. Mohd Fadli Omar & En. Mohd Razin Supangat. Kemudiannya pemberian hadiah untuk para pemenang aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan & sumbangan kepada anak yatim & murid miskin, hasil daripada derma warga SKSK. Majlis diteruskan dengan Penutup Bulan Kemerdekaan ke-53 yang dimulai dengan tayangan video kemerdekaan & diikuti persembahan murid-murid mengikut aliran masing-masing. Aliran Tahun 4 yang dilatih oleh En Mohd Yazid Kamsari telah berjaya muncul sebagai pemenang persembahan terbaik. En. Mohd Nasrul Hisyam Zaukafali & murid Tahun 6 Arif, Bessek Zakiah telah berduet mendeklamasikan sajak kemerdekaan pada majlis tersebut. Selesai majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, para guru & murid telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik - 1 Malaysia, Jalur Gemilang & 31 Ogos 1957 dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera Malaysia masing-masing. Pada kemuncak majlis tersebut, kesemua murid SKSK telah beratur untuk bersalaman & memohon kemaafan dari guru-guru mereka.