Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 akan bermula pada 1 Jun 2010 (Selasa) hingga 4 Jun 2010 (Jumaat). Untuk semua murid SKSK, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan & semoga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Read more...
Saturday, 29 May 2010
Sunday, 23 May 2010
Lawatan Bersejarah Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman ke SK Seri Kenanga
Share





























Read more...
Skuasy MSSJ: Adnan Kesuma Cemerlang Dipilih Mewakili Johor!
Share
13 MEI, KULAIJAYA: Adnan Kesuma b. Asril sekali lagi telah mengharumkan nama SKSK apabila berjaya menduduki tempat ke-3 di dalam Kejohanan Skuasy Peringkat MSSJ (Lelaki Bawah 12 Tahun) yang telah diadakan pada 11-13 Mei 2010, di Mercure Golf & Palm Resort, Kulaijaya. Manakala seorang lagi murid SKSK yang mewakili daerah Johor Bahru iaitu Mohd Adam b. Ab. Rahman mendapat tempat ke-6. Dengan kejayaan tersebut, Adnan Kesuma telah dipilih untuk mewakili negeri Johor bagi kejohanan peringkat MSSM yang akan berlangsung pada bulan 6 akan datang. Semoga Adnan Kesuma akan berusaha lebih gigih didalam persiapannya dan membawa pulang satu lagi kejayaan gemilang untuk SKSK.
Read more...
Thursday, 20 May 2010
Majlis Sambutan Hari Guru SKSK 2010
Sharekantin sekolah menuju ke Dewan Seri Kenanga dengan diiringi oleh paluan kompang serta muzik gamelan. Murid-murid yang telah berada di dalam dewan telah memberikan penghormatan & penghargaan kepada guru-guru mereka dengan berdiri dan menepuk tangan mereka. Majlis sambutan turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd, serta beberapa ibubapa yang menganggotai Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan bacaan doa Hari Guru oleh En. Mohd Fadli b. Omar. Ianya diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, Bangsa Johor, lagu sekolah, lagu Guru Malaysia, lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan lagu Selangkah Di Hadapan. Kesemua guru kemudiannya telah membacakan Ikrar Hari Guru dengan penuh semangat. Ketua Pengawas iaitu Mohd. Zarul Iqmal b. Nordin kemudiaannya telah menyampaikan ucapan penghargaan murid-murid SKSK untuk para guru. Ini diikuti oleh bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah dibacakan oleh Puan Guru Besar, Puan Maselah bt. Mohd Tahir. Majlis kemudiannya berhenti rehat untuk minum pagi di bilik darjah PraSekolah. Majlis sambutan disambung dengan acara sukaneka iaitu, sambung straw, baling bola ragbi ke dalam jaring bola jaring & futsal yang mengambil tempat di gelanggang badminton SKSK. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan guru-guru yang telah disertai oleh 9 buah kumpulan guru. Setelah selesai kesemua persembahan, upacara penyampaian hadiah serta pertukaran hadiah sesama guru telah dijalankan dan para guru kemudiaannya telah dijamu dengan menu makanan tengahari di kantin SKSK sebagai acara penutup Majlis Sambutan Hari Guru SKSK pada tahun ini.
Read more...
Subscribe to:
Comments (Atom)