Sekolah ini telah dibuka pada tanggal 1 Januari 1984 dengan nama asal Sekolah Kebangsaan Perumahan SEDC. Seramai 562 orang murid dan 14 orang guru merupakan kumpulan pertama yang memulakan sesi persekolahan. Seramai 4 orang kakitangan sekolah telah diambil. Pentadbir pertama sekolah ini ialah Tuan Syed Mustaffa bin Sulong...
Pada bulan April 1984, badan penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah dibentuk. Mesyuarat agung penubuhannya telah diadakan pada 14 September 1984. Yang Dipertua PIBG yang pertama ialah En Yahya bin Ismail (1984 – 1987), kemudian diikuti oleh En Abdullah bin Bidin (1987 – 1989), En Nasir bin Ahmad (1989 -1990), En Abdullah bin Awang (1990 – 1992), En Awi Sapawi bin Johari (1992 – 1994) dan En Ali bin Alwi (1994 – 1998)
Pada 1 Januari 1985, Tuan Syed Mustaffa bin Sulong telah bertukar dan digantikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad sebagai Guru Besar. Tuan Haji Abdul Rahim menyambung tugas membangunkan sekolah ini dan mulai 1989 dua sesi persekolahan telah dimulakan disebabkan pertambahan bilangan murid.
Pada 16 Oktober 1992 Tuan Haji Hussein bin Marzuki telah dilantik sebagai Guru Besar menggantikan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad yang bersara. Sebelum menyandang jawatan Guru Besar beliau merupakan pegawai di Unit KBSR di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Banyak perubahan dilakukannya untuk kemajuan sekolah ini. Seiringan dengan pembangunan yang pesat kawasan perumahan sekitaran, wujud keperluan pertambahan bilik darjah. Oleh itu satu blok bangunan setingkat yang mengandungi 4 bilik darjah telah siap dibina pada akhir 1992. Bangunan tambahan 3 tingkat dengan 13 bilik darjah dan sebuah bilik Kemahiran Hidup telah siap dibina pada tahun 1994.
Era kepimpinan sekolah berubah sekali lagi apabila En Adam bin Adas menggantikan beliau pada 16 September 1995. Ini berikutan perpindahan Tuan Haji Hussein ke daerah Kulai. Semasa pentadbiran En Adam bin Adas, sekolah ini telah menerima banyak perubahan dari segi fizikal, pentadbiran dan kurikulum. Penggunaan kad matrik diperkenalkan, disamping mengubahsuai bilik guru, pejabat, surau dan mengecat bangunan sekolah ini semula. Unit Trafik Sekolah Rendah ditubuhkan, begitu juga dengan Kelab Komputer. Peratus keputusan UPSR meningkat secara mendadak dengan adanya pelbagai program motivasi bagi murid-murid tahun enam.
Pertukaran En Adam bin Adas ke Muar menyebabkan berlakunya perubahan pentadbiran. Puan Radziah bt Mahadi mengambil alih jawatan Guru Besar mulai januari 1997. Bebarapa perubahan dari segi pentadbiran, keceriaan dan pembangunan telah dilakukan. Penubuhan Makmal Multimedia merupakan sumbangan beliau yang besar dan penting.
Pucuk pimpinan sekolah bertukar sekali lagi dengan pertukaran Puan Radziah bt Mahadi ke daerah Kluang mulai 16 Februari 1998. Beliau digantikan oleh Puan Hajah Halimah bt Ismail yang bertukar dari Sekolah Rendah Perempuan Yahya Awal. Sebagaimana pentadbir-pentadbir yang sebelumnya, beberapa perubahan dilakukan disamping meneruskan kesinambungan program yang diatur oleh pentadbir yang terdahulu. Aktiviti keceriaan dititikberatkan dan semangat permuafakatan merupakan tunggak yang menentukan kecemerlangan sekolah. Kelengkapan dan kemudahan dapat dilihat pada Makmal Multimedia, Bilik Sumber dan Bilik Kaunseling. Puan Hajah Halimah mengakhiri perkhidmatan perguruan di sekolah ini. Sekolah hilang seorang guru besar yang sangat prihatin terhadap kanak-kanak.
Tuan Haji Mohd Nor bin Rasah mengambilalih pula pucuk pimpinan sekolah. Seorang guru besar yang dinamik dan berpegang teguh penuh dengan etika keguruan. Walaupun menjadi guru besar namun beliau seorang yang juga berminat dengan sukan. Ketika beliau menjadi guru besar kegiatan kokurikulum semakin terserlah. Banyak kejohanan yang disertai oleh murid-murid mendapat tempat sekurang-kurangnya ketiga terbaik. Soal prasarana sekolah juga mendapat perhatian beliau.
Tanggal 31 Mei 2002, Tuan Haji Mohd Nor telah ditukarkan ke Batu Pahat. Tempat beliau diisi oleh Puan Maselah bt Mohd Tahir. Seorang guru besar yang berwibawa kerana memegang jawatan guru besar semasa usia yang begitu muda dan telah ditempatkan di beberapa buah sekolah. Sikap terbuka dan prihatin terhadap kebajikan guru, kakitangan dan murid menjadikan Puan Maselah mudah didampingi. Kejayaan berterusan daripada guru besar yang lama terus dikecapi.
Dari segi kepimpinan beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dan tidak mustahil nama SK Seri Kenanga dicemburui kerana kurikulum dan kokurikulum. Berpunca dari berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Negara, banyak dikecapi kejayaan yang jelas menunjukkan komitmen kepimpinan.
Suasana persekitaran sekolah lebih terserlah apabila perubahan dibuat. Daripada mengecat semula bangunan sehinggalah melengkapkan peralatan di setiap kelas dan bilik guru menjadikan sekolah sebuah institusi yang kondusif. Hampir keseluruhan kelas dilengkapi dengan peralatan ETEMS.
Oleh kerana kecemerlangan dalam sukan skuasy, permohonan SK Seri Kenanga memiliki gelanggang sendiri tercapai yang menjadikan satu-satunya sekolah di negeri Johor memilikinya.
Impian untuk memiliki bangunan makmal komputer juga tercapai walaupun pada awalnya dimohon pada tahun 2000. Kini bangunan ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2009.
Hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa juga semakin mesra. Segala permasalahan dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan Puan Maselah. Kini segala-galanya seakan lengkap di SK Seri Kenanga. Kecacatan kecil mungkin ada tetapi lambat laun pastinya diperbaiki. Itulah kesungguhan yang diberikan oleh Puan Maselah.

perghhhh terkenang masa kocik2 dulu..muahahaha
ReplyDelete