Thursday 26 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah

Share
10 Zulhijjah 1430 Hijrah bersamaan 27 November 2009: Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri. Ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita. Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan.

Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu. Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Sesungguhnya kita umat Islam sangat bertuah kerana dianugerahkan nikmat Aidil Adha sebagai lambang pengorbanan, kehebatan dan keunggulan umat sejagat. Di mana kehebatan dan keunggulan itu dipamerkan pada pengorbanan Nabi Ibrahim kepada Allah S.W.T. yang telah menerima perintah supaya berkorban dengan menyembelih anak kesayangannya sendiri, iaitu Nabi Ismail.

Unggulnya umat Islam itu juga dapat dilihat dalam satu perhimpunan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang saban tahun berkumpul dalam satu perhimpunan agung di tanah suci Mekah dengan natijah pengorbanan masing-masing iaitu untuk menjunjung tinggi kalimah tauhid. Sementara mereka yang tidak dapat bersama-sama untuk menjejak kaki di Mekah pula akan bersiap sedia untuk membuat pengorbanan masing-masing dengan korban-korban dari kalangan binatang ternak yang terpilih dan terbaik di pagi Aidil Adha dan beberapa hari berikutnya sebagai lambang kebersamaan dalam ubudiah kepada Allah.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1430 Hijrah.

Petikan artikel daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Read more...

Saturday 21 November 2009

Cuti Akhir Tahun, Tarikh Beli Buku 2010 & Taklimat Murid Tahun Satu 2010

Share
Cuti Sekolah Akhir Tahun 2009:
21/11/09 - 03/01/10
Tarikh Sekolah Dibuka: 04/01/10 (Isnin)
Tarikh Pembelian Buku &
Alatan Persekolahan 2010:

01/12/09 - 31/12/09
Taklimat Murid Tahun Satu 2010;
Tarikh: 02/01/10 (Sabtu)
Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan Permata, SKSK


Kepada semua warga SKSK diucapkan 'Selamat Bercuti!'

Read more...

Majlis Perpisahan Guru Sesi Petang Bersama Cikgu Abdul Rahman & Cikgu Ahmad Rizal

Share
Guru-guru sesi petang juga telah turut mengadakan satu majlis perpisahan ringkas untuk En. Abdul Rahman dan En. Ahmad Rizal yang akan berpindah ke sekolah baru mereka pada sesi persekolahan 2010. En. Abdul Rahman dan En. Ahmad Rizal terlebih dahulu telah diraikan dalam satu majlis perpisahan pada sebelah pagi. Kepada Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Ahmad Rizal diucapkan selamat maju jaya.












Read more...

Majlis Perpisahan Cikgu Abdul Rahman & Cikgu Ahmad Rizal

Share
Majlis perpisahan untuk En. Abdul Rahman dan En. Ahmad Rizal telah diadakan pada 20 November bersempena dengan perpindahan mereka ke sekolah baru pada sesi persekolahan 2010 yang akan datang. En. Abd.Rahman akan berpindah ke SK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru, manakala En. Ahmad Rizal akan bertukar ke sekolah di negeri kelahirannya, Terengganu. En. Abd. Rahman yang amat dikenali dengan kelunakan suaranya itu, amat arif dalam menjadi juruacara majlis dan hampir semua majlis di SKSK, diacarakan oleh beliau. En. Ahmad Rizal pula amat dikenali dengan penglibatannya dalam sukan futsal dan beliau merupakan bekas pemain futsal negara. Beliau telah mewakili negara didalam pelbagai kejohanan futsal antarabangsa, termasuklah mewakili negara ke Sukan SEA Korat, Thailand pada 2007 yang telah berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara. Sesungguhnya SKSK telah kehilangan 2 orang guru yang komited pada tugas mereka. Kepada Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Ahmad Rizal; jasa mereka di SKSK akan diingati dan semoga berjaya di sekolah baru mereka nanti. InsyaAllah.















Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP