Wednesday 31 March 2010

Badminton Zon Majidi: Tahniah! Nur Zarifah Mohd. Nejib Raih Tempat ke-3!

Share
Nur Zarifah Mohd Nejib telah berjaya memberi kejayaan kepada SKSK dengan meraih tempat ke-3 (ketegori perempuan) di dalam Pertandingan Badminton MSS Zon Majidi pada 30 Mac 2010, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 3, Johor Bahru. Nur Zarifah yang juga merupakan murid Tahun 6 Arif itu telah berjaya mengatasi saingan sengit lawan, bermula daripada peringkat pusingan pertama lagi hinggalah ke peringkat suku akhir, apabila beliau menewaskan lawan-lawannya daripada sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sebelum tewas pada peringkat separuh akhir. Selain daripada Nur Zarifah, 4 lagi pemain pasukan badminton SKSK iaitu Mohd Adam Abd. Rahman (6C), Mohd Iman Ismail Sepawi (6D), Muhd Haziq Yusuf (5C) dan Nur Hazirah Sapian (6B) telah turut mara hingga ke peringkat suku akhir, sebelum masing-masing tewas pada peringkat tersebut. Dengan kejayaan ini, Nur Zarifah telah dianugerahkan pingat serta sijil penyertaan.Tahniah diucapkan kepada Nur Zarifah! Pasukan badminton SKSK dilatih dan dibimbing oleh En. Mahadhir Adnan & En. Kamaruzaman Abdullah.

Berikut adalah pencapaian pasukan badminton SKSK pada Pertandingan Badminton MSS Zon Majidi 2010:
Kategori Perempuan
Nur Zarifah Mohd Nejib (6A): tempat ke-3
Nur Hazirah Sapian (6B): Suku Akhir
Kategori Lelaki
Mohd Adam Abd. Rahman (6C): Suku Akhir
Mohd Iman Ismail Sepawi (6D): Suku Akhir
Muhd Haziq Yusuf (5C): Suku Akhir

Read more...

Makluman: Peta Laluan Perarakan Sambutan MaulidurRasul

Share
Berikut adalah peta laluan perarakan untuk Majlis Sambutan MaulidurRasul 1431 Hijrah peringkat sekolah. Untuk gambaran lebih jelas, sila klik pada imej peta laluan tersebut.




Read more...

Monday 29 March 2010

Hari Terbuka

Share
Hari Terbuka yang diadakan pada 27 Mac 2010 lalu telah membuka peluang kepada para ibubapa/penjaga murid-murid SKSK untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan laporan mengenai prestasi akademik anak-anak mereka pada Peperiksaan Setara 1 yang lepas. Para ibubapa/penjaga juga telah dapat berbincang tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan anan-anak mereka di sekolah. Satu perjumpaan diantara Puan Guru Besar, Puan Maselah Mohd Tahir dengan para ibubapa/penjaga murid-murid tahun 6 telah turut diadakan di Dewan Permata, SKSK pada hari yang sama.












Read more...

Friday 26 March 2010

Makluman: Hari Terbuka SKSK

Share
SK Seri Kenanga, JB akan mengadakan Hari Terbuka pada 27 Mac 2010 (Sabtu) ini, daripada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Ianya akan mengambil tempat di

bilik darjah murid masing-masing. Para ibubapa/penjaga murid-murid SKSK dijemput hadir untuk mengetahui dan berbincang mengenai prestasi anak-anak tuan dan puan. terima kasih.

Read more...

Thursday 25 March 2010

Makluman: Sambutan MaulidurRasul 1431 Hijrah Diubah Kepada 3 April 2010

Share
Tarikh sambutan MaulidurRasul 1431 Hijrah peringkat sekolah telah diubah kepada tarikh 3 April 2010 ini (Sabtu). Majlis tersebut akan bermula pada pukul 7.45 pagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati mengharapkan kerjasama daripada pihak ibubapa/penjaga murid-murid untuk menghulurkan sumbangan, bertujuan melicinkan pelaksanaan majlis tersebut. Sumbangan boleh diberi melalui guru kelas sebelum atau pada 30 Mac 2010 ini. Harap maklum. (Sila klik pada imej surat untuk melihat butir-butir pada surat dengan lebih jelas)

Read more...

Monday 15 March 2010

SKSK Kini di Facebook Juga!

Share
SK Seri Kenanga, JB juga kini ada di Facebook! Ianya boleh diakses dengan klik pada ruangan 'Facebook' yang ada didalam laman web ini.

Read more...

SKSK Kini di Twitter

Share
SK Seri Kenanga, JB kini di TWITTER. Ianya boleh dikunjungi dengan klik pada tab 'Follow us' disebelah kanan laman web SKSK ini atau dengan melayari alamat http://twitter.com/skskjb.

Read more...

Saturday 13 March 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27

Share
Mesyuarat Agung PIBG, SK Seri Kenanga, JB yang diadakan pada pagi hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas. Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Beruniform SKSK dan diikuti dengan persembahan Kelab Taekwando SKSK di gelanggang badminton berhadapan dengan Dewan Permata SKSK. Yang DiPertuan PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd telah telah memulai sesi ucapan pada majlis ini dan ianya diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar SKSK, Puan Maselah binti Mohd Tahir. YB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian kemudiannya telah turut menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya telah merasmikan Mesyuarat PIBG SKSK untuk kali yang ke 27 ini. 3 persembahan daripada murid-murid SKSK iaitu tarian daripada murid-murid Pra Sekolah, nyanyian nasyid dan tarian zapin telah turut menyulami sesi ucapan-ucapan tersebut. YB Dato' Osman kemudiannya telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid SKSK yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dan 4A 1B pada UPSR 2009. Majlis kemudianya telah berhenti rehat dan pada pukul 12 tengahari, Mesyuarat Agung PIBG telah dimulakan dengan dipengerusikan Dato' Md Shadip selaku Yang DiPertua. Lantikan AJK baru telah dibuat didalam mesyuarat ini dan beberapa usul juga telah dibangkitkan oleh para ibubapa serta penjaga murid-murid. Sejurus selesai mesyuarat, majlis telah turut mengadakan sesi cabutan nombor bertuah dan beberapa orang ibubapa/penjaga dan guru yang bernasib baik telah menerima hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.








Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP