Tuesday 27 July 2010

Makluman: Program Hari Alam Sekitar

Share
Hari Alam Sekitar SKSK akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 7.45 - 10 pagi
Tempat: Dewan Seri Permata SKSK




Read more...

Friday 23 July 2010

Jadual Waktu Peperiksaan UPPM 3 & Peperiksaan Setara 2

Share
Berikut adalah jadual waktu bagi Peperiksaan UPPM 3 dan Peperiksaan Setara 2 untuk Tahun 1 hingga 5. Sila klik pada tajuk atau 'Read more...' untuk melihat kesemua jadual peperiksaan tersebut. Untuk semua murid-murid SKSK, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.




Read more...

Saturday 17 July 2010

LDP: Pengurusan Stress & Membugar Integriti, Memacu Transformasi

Share
17 JULAI 2010: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk para guru SKSK telah dijalankan di Bilik Bestari SKSK dan dibahagikan kepada dua sesi. Pada sesi pertama yang bermula pada 8 pagi, Haji Zakaria b. Haji A. Shukor telah dijemput untuk menyampaikan tajuk Pengurusan Stress. Beliau yang telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Daerah Johor Bahru sempena hari Guru daerah Johor Bahru 2010 baru-baru ini juga merupakan bekas Ketua Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Pelajaran Johor dan juga bekas Pengarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, JB. Pada sesi kedua yang bermula pada 11.15 pagi, SKSK telah menjemput En. Jamaluddin b. A. Rahman, iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Rendah) Johor Bahru. Beliau telah menyampaikan tajuk Membugar Integriti, Mamacu Transformasi. Melalui kedua-dua tajuk tersebut, banyak input yang telah diberikan kepada guru-guru SKSK yang boleh dijadikan sebagai garis panduan dan contoh berguna kepada para guru SKSK. Semoga segala input tersebut akan menjadi pegangan serta dipraktikkan oleh para guru SKSK dalam usaha untuk memperkasakan SKSK agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

















Read more...

Sunday 11 July 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu

Share
10 JULAI 2010: Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Matapelajaran Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu telah diadakan di Dewan Seri Permata SKSK, yang melibatkan semua murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 21 September ini . Sesi pertama untuk matapelajaran Bahasa Inggeris telah bermula pada pukul 7.30 pagi dan dikendalikan olen penceramah jemputan, En. Roslan b. Ahmad dari SK Pasir Putih, Pasir Gudang. Manakala sesi kedua yang bermula pada pukul 10 pagi untuk matapelajaran Bahasa Melayu pula telah dikendalikan oleh En. Muhamad Sharin b. Masarin dari SK Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Pelbagai ilmu dan teknik menjawab soalan-soalan UPSR dengan betul dan menepati kehendak jawapan untuk kedua-dua matapelajaran tersebut telah dikongsi dan dibincang bersama dengan murid-murid SKSK. Semoga semua ilmu dan teknik tersebut dapat dijadikan panduan oleh murid-murid SKSK bagi menghasilkan keputusan cemerlang untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada UPSR kelak.





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP