Tuesday 20 April 2010

Mohd Zarul Iqmal Johan Hafazan MTQ Daerah Johor Bahru!

Share
17 APRIL, SABTU: Mohd Zarul Iqmal b. Nordin sekali lagi telah mengharumkan nama SK Seri Kenanga, apabila beliau telah berjaya menjadi johan kategori Hafazan (Lelaki) pada Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Johor Bahru yang berlangsung di SMK Taman Bukit Indah, JB. Seorang lagi murid SKSK yang mewakili Zon Majidi bagi kategori Hafazan (Perempuan), Nursyawani bt Mazuki, sedikit terlepas daripada kedudukan 3 tempat teratas apabila hanya menduduki tempat ke-4. Bagi Mohd Zarul Iqmal, ini merupakan turutan kejayaannya selepas turut berjaya menjadi johan pada peringkat Zon Majidi yang lepas. Dengan kemenangan ini, Mohd Zarul Iqmal dari kelas 6 Arif akan mewakili Daerah Johor Bahru pada Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Negeri Johor yang akan datang. Tahniah diucapkan kepada Mohd Zarul Iqmal dan semoga beliau akan terus cemerlang untuk berjaya mewakili Negeri Johor pada peringkat Kebangsaan. InsyaAllah. Mohd. Zarul Iqmal dibimbing & dilatih oleh Cik Hamidah Salleh.

Read more...

Tuesday 13 April 2010

Majlis Tadarus Al-Quran Zon Majidi: Tahniah! SKSK Johan Keseluruhan!

Share
SK Seri Kenanga sekali lagi mencatat kecemerlangan di peringkat Zon Majidi apabila menjadi Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ), yang telah diadakan di SK Angkatan Tentera, Johor Bahru pada 10 April 2010 lalu. Pasukan MTQ SKSK telah berjaya menjadi johan untuk kategori Hafazan (lelaki) melalui Zarul Iqmal Md. Nordin, johan untuk kategori Hafazan (perempuan) melalui Nursyawani Mazuki serta mendapat tempat ke-3 untuk kategori Nasyid melalui Kumpulan Shoutul Mahabbah SKSK. Tahniah diucapkan kepada pasukan MTQ SKSK! Pasukan MTQ SKSK dibimbing dan dilatih oleh Cik Hamidah Salleh, Pn. Azalinda Abd. Razak, Pn. Nik Nor Azni Nik Ali dan En. Raffizal.






Read more...

Sunday 4 April 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 / 2010

Share
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 3 April 2010 yang mengambil tempat di padang dan Dewan Permata SKSK. Majlis sambutan tersebut telah dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan murid-murid berhimpun di dataran hadapan Dewan Permata untuk berselawat beramai-ramai ke Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W. Murid-murid yang diiringi oleh Puan Guru Besar SKSK; Puan Maselah Mohd Tahir, Guru Penolong Kanan 1; Pn. Hajah Jamilah Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Pn. Rafiah Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Samsiah Mohamad, Guru Penolong Kanan Petang; Pn. Zaliha Hj. Ahmad, Yang DiPertuan PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan guru-guru SKSK yang lain telah berarak sambil berselawat disepanjang jalan-jalan yang berhampiran dengan kawasan sekolah. Perarakan tersebut turut diberi kerjasama dan diawasi oleh Polis DiRaja Malaysia (Bahagian Trafik) yang telah membantu mengawal laluan trafik semasa murid-murid sedang berarak. Sejurus kembali ke kawasan sekolah, makanan & minuman telah diagih-agihkan kepada murid-murid. Acara sambutan kemudiannya diteruskan di dalam Dewan Permata, SKSK dengan bacaan Asmaul Husna dan Zikir Munajat. Ianya diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh murid-murid yang diketuai oleh Ustaz Mohd Razin Supangat. Acara ceramah Maulidur Rasul yang diadakan selepas itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan; Ustaz Ali Akbar Mohd Zin (Guru Besar Sekolah Agama Taman Perling 1). Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 5 Bestari. Kemuncak kepada Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah penyampaian hadiah dan cenderahati oleh Guru Besar, Pn. Maselah Mohd Tahir kepada kelas-kelas yang memenangi pertandingan perarakan dan kutipan sumbangan terbanyak.





















Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP