10 Oktober 2009, Sabtu: Jamuan untuk murid-murid tahun 4, 5 & 6 ini diadakan sejurus selepas berakhirnya Perjumpaan Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 5, di kelas masing-masing. Pelbagai juadah seperti nasi lemak, mee goreng, kek serta pelbagai kuih-muih raya turut dibawa oleh murid-murid pada jamuan kelas masing-masing. Guru Besar serta barisan Guru Penolong Kanan turut sama memeriahkan majlis jamuan dengan melawat sambil menjamu selera ke setiap kelas. Terima kasih juga kepada guru-guru kelas yang telah menjemput guru-guru yang tidak memegang kelas untuk turut sama didalam majlis jamuan mereka.
Saturday, 10 October 2009
Jamuan Hari Raya & Akhir Tahun (Sesi Pagi)
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment