Tuesday 20 October 2009

Keputusan Undi: Tempat Yang Anda Suka di SKSK

Share

Bagi keputusan undian dengan tajuk 'Tempat Yang Anda Suka di SKSK', hanya 7 tempat sahaja yang termasuk didalam tempat-tempat yang dipilih oleh para pengunjung laman web rasmi SKSK ini. Tempat-tempat tersebut adalah bilik guru, pejabat, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, padang dan tandas. Tandas? :) Tempat yang paling digemari diantara 7 tempat tersebut ialah makmal komputer yang mendapat 52.94% (9 undi). Tempat kedua dikongsi bersama pejabat & perpustakaan dengan masing-masing mendapat 11.76% (2 undi). Manakala bilik guru, makmal sains, padang dan tandas, masing-masing mendapat 5.88% (1 undi). Jumlah keseluruhan yang mengundi ialah 17 undian. Terima kasih kepada para pengunjung yang telah membuang undi anda. Ruangan 'Undi' diteruskan dengan tajuk baru iaitu: Murid-murid kurang berminat untuk membaca bahan-bahan (buku, suratkhabar & majalah) berbentuk akademik & ilmiah, tetapi lebih suka membaca bahan-bahan berbentuk hiburan sahaja. (TARIKH TUTUP UNDIAN: 25/10/2010. Jangan berlengah lagi, undi awal-awal untuk elak kesesakan :)

No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP