Friday 13 November 2009

Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan BKGK

Share

Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SKSK telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan (Annual Dinner) pada 7 November 2009, bertempat di Hotel M Suite, Johor Bahru. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SKSK, YB Dato' Mohd Shadip bin Mohd serta isteri. Majlis dimulakan dengan ucapan penerusi BKGK 2009, En. Ahmad Rizal b. Abd Rahim. Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau mengajar di SKSK kerana akan dapat berpindah ke negeri kelahiran beliau di Terengganu pada sesi persekolahan tahun hadapan. Puan Guru Besar, Puan Maselah Mohd Tahir yang hadir bersama suami dan anak beliau telah merasmikan majlis tersebut. Beberapa acara telah dijalankan di dalam majlis tersebut iaitu pemberian cenderahati kepada barisan ahli jawatankuasa BKGK 2009, pertukaran hadiah sesama guru dan cabutan bertuah. YB Dato' Mohd Shadip telah membuat sedikit kejutan pada majlis di malam tersebut dengan menghadiahkan jam tangan 'Seiko' yang sedang dipakai oleh beliau pada malam tersebut kepada En. Ahmad Rizal sebagai tanda terima kasih dan ingatan beliau kepada En. Ahmad Rizal. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar oleh para guru dan kakitangan SKSK.






No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP