Friday 22 January 2010

Perjumpaan IbuBapa/Penjaga Murid-Murid Tahun 6

Share

Perjumpaan bersama IbuBapa/Penjaga murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada 16 Januari 2010 di Dewan Seri Permata, SKSK. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk 'Kejayaan bukan milik orang pandai, tapi milik orang rajin', yang disampaikan oleh En. Md. Shahran Yahya dari SK Kompleks UDA, Johor Bahru. Selesai sesi Minum Pagi, En. Mohd. Hanipa Daud telah membentangkan program-program yang telah dirancang dan akan dijalankan di sepanjang tahun 2010 ini. Program diteruskan dengan Sesi Didalam Kumpulan dengan para IbuBapa/Penjaga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang turut disertai oleh 8 orang guru yang terbabit dalam mengajar murid-murid tahun 6. Para IbuBapa/Penjaga kemudiaannya kembali berkumpul di dalam dewan untuk sesi Pembentangan oleh wakil IbuBapa/Penjaga murid-murid. Di penghujung program, setelah mendengar pembentangan oleh wakil IbuBapa/Penjaga tersebut, Pn. Hajah Jamilah Daud, Guru Penolong Kanan 1 SKSK telah memberikan maklumbalas serta rumusan bagi pihak sekolah. Jumlah kehadiran IbuBapa/Penjaga pada perjumpaan ini adalah seramai 96 orang, iaitu sebanyak 76.8%.





No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP