Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat pada hari Jumaat, 22 Januari 2010, di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, pukul 11.20 malam semalam. Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada usia 77 tahun, adalah seorang Sultan yang tegas serta adil dan sentiasa mahukan rakyat mendapat yang terbaik, jesteru telah menjadikan negeri Johor sebagai diantara negeri termaju di Malaysia. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang hari ini. Al-Fathihah untuk Baginda Sultan.
Saturday, 23 January 2010
Sultan Johor Mangkat
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment