Sunday 10 January 2010

Taklimat Untuk Murid Tahun 1 & Pra 2010

Share

Satu taklimat untuk ibubapa/penjaga dan murid-murid tahun 1 dan Pra telah diadakan pada 2 Januari 2010 (Sabtu) di Dewan Permata SKSK. Taklimat yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSK, Puan Maselah Mohd. Tahir bermula pada pukul 8.10 pagi. Ia diikuti dengan Ujian Saringan Murid bagi tujuan penempatan murid-murid di dalam kelas-kelas. Pemberitahuan kelas untuk murid-murid telah diumumkan pada pukul 10.30 pagi dan seterusnya disusuli dengan pendaftaran murid-murid dikelas masing-masing. Bagi murid-murid baru Pra, taklimat yang turut disampaikan oleh Puan Guru Besar telah diadakan di Makmal Komputer (bawah) SKSK pada pukul 10.30 pagi. Diantara objektif diadakan taklimat-taklimat ini adalah untuk memudahkan pengurusan dan pengagihan murid, memudahkan ibubapa/penjaga membuat pembayaran serta persiapan untuk anak-anak mereka dan melancarkan pengurusan pihak sekolah untuk mendapat maklumat terkini mengenai murid-murid.





























No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP