Saturday 6 February 2010

Kejohanan Olahraga Kali Ke-24. Tahniah Rumah Panglima!

Share

Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 telah diadakan pada pagi tadi di dalam konteks yang sederhana tetapi meriah. Kejohanan yang dimulakan dengan perarakan lintas hormat 4 rumah sukan iaitu Bendahara (biru), Laksamana (kuning), Mahkota (hijau) dan Panglima (merah) telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Md. Shadip bin Mohd, selaku Yang DiPertua P.I.B.G. sekolah. Selesai bacaan doa selamat olehUstaz Mohd Razin Supangat, Guru Besar SKSK,JB Pn. Maselah bt Mohd Tahir telah menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Ini diikuti oleh ucapan YDP PIBG SKSK, YB Dato' Mohd Shadip b. Mohd yang sekaligus telah merasmikan kejohanan pada tahun ini. Selesai upacara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara-acara sebelum kejohanan seperti lompat jauh, lompat tinggi, 200 meter, rejam lembing dan lontar peluru, acara-acara pada hari kejohanan iaitu 100 meter dan 4x100 meter telah dimulakan. Berikut adalah keputusan kedudukan diantara rumah-rumah sukan untuk Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 ini:

JOHAN: Panglima
NAIB JOHAN: Bendahara
KETIGA: Mahkota
KEEMPAT: Laksamana



















No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP