Wednesday 31 March 2010

Badminton Zon Majidi: Tahniah! Nur Zarifah Mohd. Nejib Raih Tempat ke-3!

Share

Nur Zarifah Mohd Nejib telah berjaya memberi kejayaan kepada SKSK dengan meraih tempat ke-3 (ketegori perempuan) di dalam Pertandingan Badminton MSS Zon Majidi pada 30 Mac 2010, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 3, Johor Bahru. Nur Zarifah yang juga merupakan murid Tahun 6 Arif itu telah berjaya mengatasi saingan sengit lawan, bermula daripada peringkat pusingan pertama lagi hinggalah ke peringkat suku akhir, apabila beliau menewaskan lawan-lawannya daripada sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sebelum tewas pada peringkat separuh akhir. Selain daripada Nur Zarifah, 4 lagi pemain pasukan badminton SKSK iaitu Mohd Adam Abd. Rahman (6C), Mohd Iman Ismail Sepawi (6D), Muhd Haziq Yusuf (5C) dan Nur Hazirah Sapian (6B) telah turut mara hingga ke peringkat suku akhir, sebelum masing-masing tewas pada peringkat tersebut. Dengan kejayaan ini, Nur Zarifah telah dianugerahkan pingat serta sijil penyertaan.Tahniah diucapkan kepada Nur Zarifah! Pasukan badminton SKSK dilatih dan dibimbing oleh En. Mahadhir Adnan & En. Kamaruzaman Abdullah.

Berikut adalah pencapaian pasukan badminton SKSK pada Pertandingan Badminton MSS Zon Majidi 2010:
Kategori Perempuan
Nur Zarifah Mohd Nejib (6A): tempat ke-3
Nur Hazirah Sapian (6B): Suku Akhir
Kategori Lelaki
Mohd Adam Abd. Rahman (6C): Suku Akhir
Mohd Iman Ismail Sepawi (6D): Suku Akhir
Muhd Haziq Yusuf (5C): Suku Akhir

No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP