Saturday 13 March 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27

Share

Mesyuarat Agung PIBG, SK Seri Kenanga, JB yang diadakan pada pagi hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas. Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Beruniform SKSK dan diikuti dengan persembahan Kelab Taekwando SKSK di gelanggang badminton berhadapan dengan Dewan Permata SKSK. Yang DiPertuan PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd telah telah memulai sesi ucapan pada majlis ini dan ianya diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar SKSK, Puan Maselah binti Mohd Tahir. YB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian kemudiannya telah turut menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya telah merasmikan Mesyuarat PIBG SKSK untuk kali yang ke 27 ini. 3 persembahan daripada murid-murid SKSK iaitu tarian daripada murid-murid Pra Sekolah, nyanyian nasyid dan tarian zapin telah turut menyulami sesi ucapan-ucapan tersebut. YB Dato' Osman kemudiannya telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid SKSK yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dan 4A 1B pada UPSR 2009. Majlis kemudianya telah berhenti rehat dan pada pukul 12 tengahari, Mesyuarat Agung PIBG telah dimulakan dengan dipengerusikan Dato' Md Shadip selaku Yang DiPertua. Lantikan AJK baru telah dibuat didalam mesyuarat ini dan beberapa usul juga telah dibangkitkan oleh para ibubapa serta penjaga murid-murid. Sejurus selesai mesyuarat, majlis telah turut mengadakan sesi cabutan nombor bertuah dan beberapa orang ibubapa/penjaga dan guru yang bernasib baik telah menerima hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.







No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP