Sunday 4 April 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 / 2010

Share

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 3 April 2010 yang mengambil tempat di padang dan Dewan Permata SKSK. Majlis sambutan tersebut telah dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan murid-murid berhimpun di dataran hadapan Dewan Permata untuk berselawat beramai-ramai ke Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W. Murid-murid yang diiringi oleh Puan Guru Besar SKSK; Puan Maselah Mohd Tahir, Guru Penolong Kanan 1; Pn. Hajah Jamilah Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Pn. Rafiah Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Samsiah Mohamad, Guru Penolong Kanan Petang; Pn. Zaliha Hj. Ahmad, Yang DiPertuan PIBG SKSK, Dato' Md Shadip bin Mohd, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan guru-guru SKSK yang lain telah berarak sambil berselawat disepanjang jalan-jalan yang berhampiran dengan kawasan sekolah. Perarakan tersebut turut diberi kerjasama dan diawasi oleh Polis DiRaja Malaysia (Bahagian Trafik) yang telah membantu mengawal laluan trafik semasa murid-murid sedang berarak. Sejurus kembali ke kawasan sekolah, makanan & minuman telah diagih-agihkan kepada murid-murid. Acara sambutan kemudiannya diteruskan di dalam Dewan Permata, SKSK dengan bacaan Asmaul Husna dan Zikir Munajat. Ianya diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh murid-murid yang diketuai oleh Ustaz Mohd Razin Supangat. Acara ceramah Maulidur Rasul yang diadakan selepas itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan; Ustaz Ali Akbar Mohd Zin (Guru Besar Sekolah Agama Taman Perling 1). Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 5 Bestari. Kemuncak kepada Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah penyampaian hadiah dan cenderahati oleh Guru Besar, Pn. Maselah Mohd Tahir kepada kelas-kelas yang memenangi pertandingan perarakan dan kutipan sumbangan terbanyak.




















No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP