15 MEI 2010: Sempena Hari Guru 2010, satu gotong-royong telah diadakan dengan tujuan membersih & menceriakan kawasan sekolah. Sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan, para guru serta murid telah mengadakan sesi senaman tarian `poco-poco' yang diketuai oleh En. Mohd Razin b. Supangat. Untuk aktiviti gotong-royong, murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut persatuan/kelab kokurikulum yang mereka anggotai. Tempat serta kawasan yang diberi penekanan semasa aktiviti dijalankan adalah seperti menceriakan bilik LINUS, makmal komputer, bilik PPSMI, surau, bilik J-QAF, perpustakaan, bilik sumber, kantin, bilik guru serta mengemaskini papan-papan kenyataan.
Thursday, 20 May 2010
Gotong-royong Sempena Hari Guru
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment