Monday 21 June 2010

Majlis Perpisahan Pn. Suzaita, Pn. Azalinda, Pn. Sharipah Saad & Pn. Aini Fariza

Share

3 JUN 2010: Satu majlis perpisahan untuk 4 orang guru yang akan berpindah pada sesi persekolahan penggal kedua yang bermula pada 21 Jun. 4 orang guru tersebut adalah Pn. Suzaita Tahir, Pn. Sharipah Saad, Pn. Azalinda Abd. Razak & Pn. Aini Fariza Abd Rani. Majlis yang diacarakan oleh En. Muhamad Nabil Mat Daud tersebut telah diisi dengan upacara penyampaian cenderahati oleh pihak pentadbir SKSK serta panitia bagi keempat-empat guru terbabit. Pada 4 Jun, majlis perpisahan bersama murid-murid SKSK pula telah diadakan, dimana keempat-empat guru terbabit telah menyampaikan ucapan perpisahan & terakhir mereka kepada murid-murid SKSK. Bagi Pn. Suzaita, beliau akan berpindah ke Pulai, Pn. Sharipah Saad ke Kedah, Pn. Azalinda ke Selangor & Pn. Aini Fariza pula ke Sarawak. Kepada kesemua guru terbabit, SKSK merakamkan penghargaan ke atas segala ilmu & pengorbanan yang telah diberikan semasa menjadi pendidik di SKSK, serta selamat mencurahkan bakti di sekolah baru masing-masing.









No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP