Sunday, 11 July 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu

Share

10 JULAI 2010: Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Matapelajaran Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu telah diadakan di Dewan Seri Permata SKSK, yang melibatkan semua murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 21 September ini . Sesi pertama untuk matapelajaran Bahasa Inggeris telah bermula pada pukul 7.30 pagi dan dikendalikan olen penceramah jemputan, En. Roslan b. Ahmad dari SK Pasir Putih, Pasir Gudang. Manakala sesi kedua yang bermula pada pukul 10 pagi untuk matapelajaran Bahasa Melayu pula telah dikendalikan oleh En. Muhamad Sharin b. Masarin dari SK Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Pelbagai ilmu dan teknik menjawab soalan-soalan UPSR dengan betul dan menepati kehendak jawapan untuk kedua-dua matapelajaran tersebut telah dikongsi dan dibincang bersama dengan murid-murid SKSK. Semoga semua ilmu dan teknik tersebut dapat dijadikan panduan oleh murid-murid SKSK bagi menghasilkan keputusan cemerlang untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada UPSR kelak.




No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP