Saturday 17 July 2010

LDP: Pengurusan Stress & Membugar Integriti, Memacu Transformasi

Share

17 JULAI 2010: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk para guru SKSK telah dijalankan di Bilik Bestari SKSK dan dibahagikan kepada dua sesi. Pada sesi pertama yang bermula pada 8 pagi, Haji Zakaria b. Haji A. Shukor telah dijemput untuk menyampaikan tajuk Pengurusan Stress. Beliau yang telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Daerah Johor Bahru sempena hari Guru daerah Johor Bahru 2010 baru-baru ini juga merupakan bekas Ketua Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Pelajaran Johor dan juga bekas Pengarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, JB. Pada sesi kedua yang bermula pada 11.15 pagi, SKSK telah menjemput En. Jamaluddin b. A. Rahman, iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Rendah) Johor Bahru. Beliau telah menyampaikan tajuk Membugar Integriti, Mamacu Transformasi. Melalui kedua-dua tajuk tersebut, banyak input yang telah diberikan kepada guru-guru SKSK yang boleh dijadikan sebagai garis panduan dan contoh berguna kepada para guru SKSK. Semoga segala input tersebut akan menjadi pegangan serta dipraktikkan oleh para guru SKSK dalam usaha untuk memperkasakan SKSK agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
















No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP